Pada tanggal 1 Mei 1987, tertubuhnya sekolah harian bagi mengisi ruang dan keperluan sektor pendidikan di daerah Dungun. Sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Dungun (SMKSED) terletak di Jalan Masjid dan berhadapan dengan Pejabat Pendidikan Daerah Dungun/Marang. Sekolah ini mula beroperasi sepenuhnya pada tanggal 1 Jun 1987 dengan 12 orang tenaga pengajar dan seorang pengetua.
Pada awal tahun 1987, bangunan sekolah ini merupakan asrama putera dan puteri Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar. Ketika itu, hanya terdapat 2 blok 3 tingkat dan sebuah kantin sahaja. Bagi memenuhi tuntutan sebuah sekolah,kemudahan ini diubahsuai mengikut keperluan sebuah sekolah seperti ruang pejabat, bilik sumber, bilik kaunseling,makmal dan bilik darjah.
Pada peringkat awal, seramai 306 pelajar tingkatan 1 dan 2 menjadi perintis di sekolah ini. Kini, bilangan pelajar SMKSED semakin bertambah dengan jumlah seramai 879 orang dan 55 tenaga pengajar yang berkelulusan tinggi, berpengalaman dan berdedikasi serta diterajui oleh Tn Hj Mat Zali Ismail selaku pengetua.
Sekolah ini telah mengalami pelbagai bentuk perubahan dan kemajuan. Kini, SMKSED tersergam indah dengan 6 blok bangunan dengan sebuah dewan besar, Bengkel Kemahiran Hidup,Makmal Sains dan Komputer serta Bilik-bilik Khas diikuti pelbagai prasarana yang menjadikannya sebuah sekolah yang serba lengkap dan kondusif.
Rentetan sejarah, SMKSED diterajui oleh 9 orang Pengetua iaitu:
i. Drs. Zainal bin Chik (1987 – 1990)
ii. Pn. Hjh. Hazizah binti Mohd Salleh (1991 – 1992)
iii. Tn. Hj. Sau Hamid bin Sagarlar (1992 – 2003)
iv. En. Mohd Fauzi bin Ismail (2003 – 2007)
v. Tn. Hj. Zulkafa bin Zakaria
vi. Tn. Hj. Mat Zali bin Ismail
vii. Tn. Hj. Bakar bin Jusoh
viii. Tn. Hj. Mohd Hanafi bin Abd Mutalip
ix. Pn. Hjh. Che Zaliha Binti Ibrahim
No comments:
Post a Comment